Thursday, May 24, 2012

Inilah anakku yang comel bernama Amirul Adha. Lahir pada 28 November 2009 pada 34+minggu kelahiran. Amirul seorang anak yang aktif, periang, dan juga bijak. Namun umurnya sudah menjangkau 2 tahun 6 bulan masih lagi tidak boleh bercakap walaupun sepatah. Sebagai ibu, saya berasa sedih apabila anak sulung kami masih belum tahu memanggil "mommy" ataupun "daddy". Keluarga kami ada mengatakan ini perkara biasa.."budak lelaki memang lambat bercakap"."tak payah risaulah, nanti cakap la tu"..Semakin meningkat umurnya semakin saya berasa risau akan perkembangan anak saya. Tidak pernah terfikir bahawa kemungkinan anak kesayanganku ini menghidap "autisme". Apa yang menyebabkan saya bertambah risau apabila Amirul menunjukkan kelakuan yang mirip kepada kanak-kanak autisme.

Antara kelakuan yang ditunjukkan seperti:

1- Tidak ada perkataan yang jelas, hanya mengeluarkan bunyi.
2- Sukar bertentang mata apabila bercakap dengan dia
3- Acting deaf walaupun sebenarnya dia dengar kita panggil (Kadang-kadang sampai 10 kali panggil nama dia baru dia pandang)
4- Tabiat menyusun permainan dalam satu baris/menindih tinggi.
5- Tidak bermain permainan dengan cara sepatutnya.(Suka ketuk2 permainan, kalau keluar rumah dia lebih suka main baling batu/korek tanah at the same spot)
6- Lebih suka bermain sendiri walaupun ada adik
7- Mengamuk apabila kehendak tidak dipenuhi (mencederakan diri sendiri seperti hantukkan kepala di lantai/dinding/gigit tangan)
8-Sukar bagi tumpuan jika nak ajar dia sesuatu.
9-Makan makanan tertentu sahaja.Sukar untuk berubah makanan.
10-Suka menonton tv. Ulang-ulang pun takpa.
11-Suka menjilat air di lantai. (Lopak air kat jalan pun pernah dia nak jilat)

Amirul lebih senang meminta sesuatu dengan menunjuk sahaja apa yang dia nak. Kalau dia nak susu, dia ambil botol susu dan tunjuk pada kami (dia lebih suka dengan botol susu dia ni-kemana-mana mesti ada botol dia/tak selesa bila kami tukar botol yang lain). Dia juga banyak membuat sesuatu dengan sendiri. Kalau dia hendak capai sesuatu yang berada di tempat yang tinggi, dia akan tarik kerusi dan gunakan kerusi untuk capai apa yang dia nak (kami tak ajar pun). Dia juga tahu ambil makanan di atas meja sendiri.

Memandangkan kelakuan Amirul tidak seperti kanak-kanak normal, saya merujuk kepada klinik kerajaan terdekat, dan seperti biasa masa menunggu adalah lama. Klinik kerajaan menetapkan temujanji audiologi di Hospital Ipoh pada bulan hadapan, seterusnya temujanji dengan doktor pakar. Doktor juga mengatakan untuk "speech therapy" cuma ada di Hospital Sg. Buloh. Kalau hanya di Hosp. Sg Buloh, bayangkan betapa ramai yang menunggu untuk rawatan. Ramai lagi kanak-kanak seperti anakku ini. Buat masa ini, kami sedang menunggu untuk temujanji di NASOM Jln Pahang. Kami berharap agar yang pakar boleh mengenalpasti masalah anakku supaya kami boleh mengambil langkah awal untuk memastikan masa depan Amirul supaya lebih baik.

"Redha walaupun sedih mengenangkan masa depan anakku"

7 comments:

  1. Mcm mana dgn perkembangan anak puan? Anak sy skrg berumur 2 tahun 6 bulan dan jg tak bercakap walau sepatah pun. ciri-ciri kanak2 autisme yang puan cakap di atas pun ada pada anak sy. Ini amat merunsingkan sy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam..maaf ya lambat reply...dh lama tak update blog
      anak sy dh diagnosed oleh doktor pakar.doktor kata anak sy moderate autism with ADHD..so far anak sy kena OT(occupational therapy) seminggu sekali sbb dia takmau cooperate ngan therapist.tp kira sesi sekali seminggu tk cukup...tp sbb kt tempat sy ni takda pusat early intervention, terpaksa bergantung ngan GH ja.

      Delete
  2. salam..nak tanya perkembangan amirul skrng..dah sklh atau blm..sy jg syak anak sy sprti amirul..sy dlm dilema nak anta anak sy dsklh khas @ biasa..

    ReplyDelete
  3. anak sy jg sbya amirul..alhamdulillah dia dah byk cakap cuma komunikasi dua hala blm ada itupun stlh mengikuti sesi blok trapi enam mgu berturut..istimewanya anak sy dia dah pandai membaca diawal umur 4thn hanya dgn belajar melalui cd..sy tgah menunggu keputusan ujian MRI anak sy..dr pun blm diagnosis anak sy autis @ bkn.

    ReplyDelete
  4. anak sy jg sbya amirul..alhamdulillah dia dah byk cakap cuma komunikasi dua hala blm ada itupun stlh mengikuti sesi blok trapi enam mgu berturut..istimewanya anak sy dia dah pandai membaca diawal umur 4thn hanya dgn belajar melalui cd..sy tgah menunggu keputusan ujian MRI anak sy..dr pun blm diagnosis anak sy autis @ bkn.

    ReplyDelete
  5. salam..nak tanya perkembangan amirul skrng..dah sklh atau blm..sy jg syak anak sy sprti amirul..sy dlm dilema nak anta anak sy dsklh khas @ biasa..

    ReplyDelete
  6. salam nk tanya apa nama taska/tadika yg sudi terima anak istimewa di Tanjong malim.

    ReplyDelete